02 November 2010

Apakah itu e-currency? Part 2

Artikel dibawah ini adalah sambungan daripada Apakah itu e-currency? Part 1

 Setelah selesai mendaftar dengan e-currency, anda dikehendaki untuk "verified" akaun anda. Setiap e-currency mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan keselamatan akaun mereka terjamin, namun semuanya adalah sama - bertujuan untuk menjaga keselamatan wang kita dan mengelakkan dari ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mencuri data maklumat pelanggan dan kemudiannya memindahkan dana tersebut ke akaun mereka. Cara mereka amat mudah sekali - iaitu menghantar e-mail kepada pengguna kononnya e-mail ataupun akaun anda perlu diupdate, kemudian anda perlu menekan link dalam e-mail tersebut dan akan dilinkkan ke satu website "phishing" yang hampir menyerupai website sebenar. Oleh itu jangan reply atau response terhadap email dari e-currency yang mengandungi link, attached filed atau yang meminta anda untuk reply login id serta password.


Antara dokumen-dokumen yang selalu diminta adalah Passport, jika tiada anda bolehlah menggunakan IC, Lesen Kenderaan, bil-bil seperti bil air dan elektrik yang mengandungi nama anda serta alamat tempat tinggal anda. Statement terkini daripada pihak bank, statement credit card malah bil terkini tidak melebihi 3 atau 6 bulan yang mempunyai nama serta alamat anda termasuk no telefon bagi statement bil telefon. Terdapat juga e-currency yang meminta anda mengesahkan akaun melalui kredit/debit kad dimana sejumlah wang akan dipotong, satu kod akan diberikan dalam statement debit  kad tersebut. Anda perlu menaip semula kod tersebut dan wang anda akan dikembalikan kedalam akaun e-currency anda, contohnya adalah PayPal dan AlertPay.

Tips1# Ketika mengisi maklumat akaun, sila pastikan semua maklumat adalah tepat pada waktu tersebut. Ini bertujuan untuk memudahkan anda verify akaun anda nanti. Contohnya masukkan nama penuh dan alamat seperti dalam kad pengenalan. Kadangkala, sesetengah e-currency tidak membenarkan anda menukar statement yang telah diberikan. Sila pastikan juga anda memasukkan angka 6 di awalan no tel anda seperti 6013-1234567.

Apakah kelebihan jika akaun anda verified?
kebanyakan e-currency mengehadkan fungsi yang ada pada website mereka seperti tak boleh deposit akaun melalui debit kad serta hanya jumlah wang sedikit dibenarkan untuk setiap transaksi. Anda juga tidak diberikan akses kepada merchant tools seperti Pay Now! kelebihan verified adalah seperti berikut.
  • dibenarkan melakukan transaksi pada jumlah yang lebih tinggi.
  • dibenarkan untuk mengakses merchant tools - alat yang digunakan untuk urusan jual beli barangan serta servis di internet.
  • boleh apply debit card dari e-currency tersebut seperti OKPay dan Cash X.
  • mendapat kelebihan untuk menggunakan kesemua kaedah yang ada untuk deposit, withdrawal, transfer mahupun request money.
  • terdapat pelbagai kaedah untuk deposit mahupun withdrawal e-currency ke Ringgit seperti bank transfer, bank wire, menggunakan kredit kad dan pelbagai lagi.
Tips2# disebabkan fees yang dikenakan untuk mengeluarkan e-currency ke Ringgit adalah hampir sama bagi kaedah bank transfer dan ke dalam debit kad anda, maka saya menasihati anda mendapatkan satu debit card daripada e-currency untuk tujuan pengeluaran di mesin-mesin Atm di seluruh dunia yang mengandungi logo Mastercard.  Fees yang biasa dikenakan adalah serendah 3-5USD. Contohnya OKPay dah Cash X.

1 comment:

  1. sesetengah e-currency amat cerewet dalam proses verify, harap korang bersabar ye.. kalau dah verified nanti macam2 korang boleh buat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...