01 November 2010

Selamat datang dan salam 1Malaysia.


Terima kasih kerana mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini. Dalam blog ni saya akan kongsikan pengalaman saya menjana pendapatan melalui internet ataupun secara online. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang INTERNET MARKETING atau mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang buat duit online ni, tapi cukup sekadar untuk menampung keperluan hidup saya tanpa perlu saya bekerja secara sepenuh masa ataupun 'part-time' di luar sana untuk menambah pendapatang sampingan.

 
Kata-kata hikmat untuk saya dan juga anda.

Target saya ialah rakan-rakan saya yang masih melanjutkan pelajaran di universiti di dalam malah di luar nenara. Selain itu, mereka yang memerlukan wang tambahan kerana gaji yang diperolehi sangat kecil seperti pekerja kilang, pekerja bawahan kerajaan serta swasta, pekerja-pekerja kontrak, suri-suri rumah serta mereka yang masih lagi mencari pekerjaan seperti lepasan graduan ataupun lepasan SPM, janji anda adalah 18 tahun keatas.

Akhir kata, saya tidak memaksa anda untuk menyertai mana-mana program yang saya akan paparkan atau bincangkan dalam blog ini nanti, cukuplah sebagai panduan kepada anda yang ingin mengkaji bagaimana saya dan 'kami' menjana pendapatan secara online.

Sekian, terima kasih.


    

1 comment:

  1. jom ramai2 kita buat duit online, sikit2 lama2 jadi bukit. daripada dok online saja tak buat apa baik buat duit ikut internet?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...