02 November 2010

Apakah itu e-currency? Part 1

E-currency ataupun secara mudah dikenali e-matawang adalah matawang yang digunakan di internet secara meluas untuk pelbagai urusan seperti pembelian barangan elektronik, baju, barangan kesihatan, alat-alat make-up malah barang permainan.

Selain itu, e-currency juga digunakan untuk pembayaran apabila anda membeli sesuatu servis seperti servis pengiklanan, membayar yuran keahlian kelab malah juga untuk membeli software-software yang anda sedang gunakan sekarang.


Tambahan pula, kebanyakan servis e-currency mengenakan fees ataupun charge yang agak murah dan ada juga yang berpatutan untuk memindahkan dana dari bank-bank Malaysia ke dalam e-currency melalui Bank Transfer. Terdapat juga sesetengah e-currency yang menyediakan perkhidmatan untuk transfer duit dari Ringgit ke e-currency melalui Credit/Debit card, tetapi kosnya agak tinggi iaitu sekitar 5%+0.XX USD, tetapi cara ini lebih pantas berbanding Bank Transfer.

Anda juga boleh menghantar dan menerima e-currency kepada/dari rakan-rakan anda atau memulakan perniagaan di internet dengan meletakkan Button "Buy Now" yang dilengkapi dengan kemudahan MasterCard, Visa serta Amex. Pembeli akan klik pada button tersebut dan membuat pembayaran - sama ada dari akaun e-currency atau credit/debit card.

Untuk Cash Out ke Ringgit, anda boleh memilih sama ada Bank Transfer ataupun ke Kad Kredit/Debit anda. Fees yang dikenakan agak berpatutan tetapi memakan masa yang agak lama untuk transfer iaitu 3-5 hari. Terdapat juga e-currency yang menyediakan perkhidmatan Debit MasterCard mereka sendiri untuk memudahkan pengguna mengluarkan dana dari mana-mana tempat di seluruh dunia yang mempunyai logo MasterCard, tetapi sebelum itu anda hendaklah membeli Debit Card tersebut dahulu daripada e-currency tersebut. Kebanyakan Debit Card adalah percuma untuk pengguna, namun anda harus membayar fees courier supaya kad anda selamat sampai ke rumah anda.

Di bawah adalah beberapa e-currency yang terdapat di internet.







3 comments:

  1. semua akaun e-currency adalah percuma, so kalau nak daftar banyak mana pon takpa.

    ReplyDelete
  2. percuma register, guna ada small fee. agak2 mana fee yg paling murah bro?

    ReplyDelete
  3. for me cash x, free transfer to member for all types of acc, also have their own debit card - just free, USD90 for xpress delivery outside US n canada

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...