Amaran# entri kali ini akan menerangkan apakah itu PTC, bagaimana anda dan saya dapat menjana pendapatan dari PTC dan contoh-contoh PTC yang terdapat dalam internet. Saya tidak bertanggungjawab jika anda gagal mendapat pendapatan dari program ini. Anda digalakkan untuk berkongsi pendapat di ruang comment sekiranya anda ragu-ragu tentang halal atau haramnya program ini. Sekian, terima kasih.
Daripada maklumat yang saya dapat dari upline saya yang berpengalaman dalam bidang ini selama 6thn, ramai studen amat meminati ptc, mungkin kerana mudah dan dapat dilakukan secara sambilan pada waktu terluang. Namun adakah program ptc yang mereka join itu betul-betul wujud ataupun scam. Dari pengalaman saya, ptc hanya akan membayar anda dari serendah 1sen hingga 5 sen bagi setiap iklan yang diklik. Jika anda mendapati ptc yang menawarkan harga lebih dari 5sen, mungkin ini satu penipuan untuk menarik minat anda sahaja.
Mengapa admin PTC menipu walaupun kita hanya free member?
Pendapatan utama admin ptc adalah daripada advertiser ataupun pengiklan, mereka ataupun pengiklan membayar sejumlah wang yang besar untuk menarik pelawat masuk ke website mereka lalu menggunakan servis atau membeli barangan dari website mereka. Ada juga pengiklan yang terdiri daripada networker atau mlm mengiklan untuk tujuan menambah downline seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. Jadi cuba bayangkan berapa banyak untung yang admin ptc dapat jika mereka tidak membayar komisen kepada anda. Ini dapat diibaratkan seperti anda hanya melakukan kerja sia-sia manakala si admin ptc mencekik darah anda untunk mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
Dari manakah sumber pendapatan admin PTC?
Untuk pengetahuan anda, industri pengiklanan secara online mencecah berbilion dolar setahun. Advertiser atau para pengiklan membelanjakan banyak wang untuk menarik pelawat untuk mengunjungi laman web mereka seterusnya meningkatkan sales dan profit. Tidak kira syarikat gergasi mahupun orang persendirian, terdapat pelbagai pakej pengiklanan yang sesuai untuk pengiklan ini. Sebab itulah muncul pelbagai program pengiklanan dalam laman web seperti Google AdSense, Nuffnang mahupun ChurpChurp. Tujuan mereka hanyalah untuk memastikan info sampai kepada pengguna dari segenap akar umbi. Oleh itu, ptc hanyalah sebahagian daripada program pengiklanan di internet.
Program PTC ni halal ke tak?
Pada pendapat saya, saya percaya bahawa komisen dari program ptc ni adalah halal. Mengapa saya berkata begitu? Pernahkan anda menerima iklan daripada Tesco, Carrefour mahupun Giant setiap hujung minggu bertujuan untuk mempromosikan barangan mereka lalu menarik pembeli membeli di stor mereka. Cuba lihat bagaimana gigihnya mereka cuba untuk menyampaikan info sehingga ke peti surat rumah anda. Okeh, sekarang siapakah advertiser, syarikat pengiklanan dan pengguna. Advertiser adalah Tesco contohnya, syarikat pengiklanan adalah Syarikat X dan anda sebagai pekerja sambilan. Kerja anda adalah untuk mengedarkan setiap risalah iklan Tesco kepada pengguna. Setiap risalah akan dibayar kepada anda, bukan kepada pengguna, jadi adakah pekerjaan anda ini haram. Tentunya tidak bukan. Konklusinya saya berpendapat komisen ptc adalah halal.
Bersambung...
untuk terus kaya ambik masa melainkan sanggup kuarkan duit sikit la,tapi kalo untuk menambahkan pendapatan insyaallah boleh...saya sendiri mendapat kebaikan dari ptc ni..tapi kalo nak serius dlm ni kesabaran adalah kunci utama dan pandangan kena jauh...setakat pandangan dekat confirm cepat putus asa
ReplyDeletebetul, dulu masa mula2 join ptc ni mmg ghairah, pantang ade je program ptc mesti nak join. tapi dah tak sabar, habok pon tak dapat, bukan pasal ptc taknak byr, tp dah dapat 2 3 sen sape nak byr. tolak kos cash out pon xckp
ReplyDelete